Ka’ab al Ahbaar – radhiyallahu ‘anhu mengatakan:
“Ketika
Allah SWT menginginkan untuk menciptakan Muhammad sall-Allahu ‘alaihi
wasallam, Ia memerintahkan Malaikat Jibril untuk membawa kepada-Nya
tanah liat yang menjadi jantung dari bumi, yang menjadi kemegahan dan
cahayanya. Jibril pun turun, ditemani beberapa malaikat dari Tempat
Tertinggi di Surga. Allah SWT mengambil segenggam tanah untuk penciptaan
Nabi sall-Allahu ‘alaihi wasallam dari suatu tempat yang kini menjadi
makam suci beliau sall-Allahu ‘alaihi wasallam; tanah itu berkilau putih
cerah.
Kemudian Allah SWT
meramas dan mengadun tanah itu dengan air ciptaan terbaik dari Air
Terjun Syurgawi Tasniim, yang berada dalam sungai-sungai jernih yang
mengalir di Syurga. Allah SWT
mengaduninya sampai tanah itu menjadi suatu mutiara putih dengan
pancaran warna putihnya yang cemerlang. Para malaikat membawanya,
mengelilingi ‘Arasy Syurgawi dan gunung-gunung dan samudera. Dengan
begitu, para malaikat dan seluruh makhluq menjadi tahu akan keberadaan
junjungan kita Muhammad sall-Allahu ‘alaihi wasallam dan kehormatan
beliau; sebelum mereka mengetahui Adam.”
Ibn ‘Abbas radhiy-Allahu ‘anhumengatakan,
“Asal usul dari tanah liat Nabi Muhammad sall-Allahu ‘alaihi wasallam
adalah dari pusat bumi, di Makkah, di titik di mana Ka’bah berdiri.
Kerana itu pula, Muhammad sall-Allahu ‘alaihi wasallam menjadi asal usul
penciptaan, dan semua makhluq ciptaan adalah pengikut-pengikut beliau.”
Pengarang Awarif al Ma’arif [al-Suhrawardi], berkata bahawa
ketika Banjir meluap, menebarkan buih ke seluruh penjuru, esensi dari
Nabi sall-Allahu ‘alaihi wasallam berhenti hingga ke suatu tempat di
dekat tanah kubur beliau di Madinah, sehingga beliau sall-Allahu ‘alaihi
wasallam menjadi seseorang yang termasuk dalam Makkah mahupun Madinah.
Diriwayatkan
bahawa ketika Allah Subhanahu Wa Ta’ala menciptakan Adam ‘alaihissalam,
Allah Subhanahu Wa Ta’ala mengilhamkan kepada Adam untuk bertanya,
“Wahai Tuhan, mengapakah Engkau memberiku nama panggilan, Abu Muhammad
(ayah dari Muhammad)?” Allah menjawab, “Wahai Adam, angkat kepalamu.”
Adam pun mengangkat kepalanya dan ia melihat cahaya dari Muhammad
sall-Allahu ‘alaihi wasallam dalam kubah ‘Arsy. Adam kemudian bertanya
lagi, “Wahai Tuhan, cahaya apakah ini?” Allah menjawab, “Ini adalah
cahaya dari seorang Nabi keturunanmu. Namanya di Syurga adalah Ahmad,
dan di Bumi namanya Muhammad sall-Allahu ‘alaihi wasallam. Jika bukan
demi dirinya, tentu Aku tidak akan menciptakan dirimu, tidak pula
Langit, tidak pula Bumi.”
‘Abd al-Razzaq meriwayatkan,
dari Jabir bin ‘Abdullah radhiy-Allahu ‘anhu, bahawa ia berkata, “Ya
RasulAllah, semoga ayahku dan ibuku dikorbankan demi dirimu, ceritakan
padaku tentang hal pertama yang Allah ciptakan, sebelum yang
lain-lainnya.” Beliau menjawab, “Wahai Jabir, Allah menciptakan, sebelum
apa pun yang lain, cahaya Nabimu dari cahaya-Nya. Cahaya itu mulai
bergerak ke mana pun Allah kehendaki dengan Qudrat Ilahiah Allah. Pada
saat itu belum ada Tablet (Lauh) belum pula Pena; belum ada Syurga
mahupun Neraka, tidak ada malaikat; tidak ada Langit, tidak pula Bumi;
tak ada Matahari mahupun Bulan, tak ada Jinn ataupun manusia. Ketika
Allah ingin untuk menciptakan makhluq-Nya, Ia membagi cahaya itu menjadi
empat bagian. Dari bagian pertama, Ia menciptakan Pena, dari yang
kedua, Tablet (Lauh), dan dari yang ketiga, ‘Arasy.
Kemudian,
Ia membahagi bahagian keempat menjadi empat bahagian: bahagian pertama
membentuk para pembawa ‘Arasy, bahagian kedua menjadi penunjang kaki
‘Arasy, dan dari bahagian ketiga Ia menciptakan malaikat-malaikat
lainnya. Ia kemudian membahagi bahagian keempat menjadi empat bahagian
lagi: Ia menciptakan langit dari bahagian pertama, bumi-bumi dari
bahagian kedua, Syurga dan Neraka dari bahagian ketiga. Kemudian Ia
membahagi lagi bahagian keempat sisanya menjadi empat bahagian:
menciptakan cahaya firasat orang-orang beriman dari bahagian pertama,
cahaya kalbu-kalbu mereka(iaitu ma’rifat Allah) dari bahagian kedua, dan
dari bahagian ketiga Ia ciptakan cahaya kesenangan dan kegembiraan
(Uns, iaitu Laa ilaha illa Allah, Muhammadun Rasuulullah).
Suatu
riwayat lain dari ‘Ali ibn Al-Husain radhiy-A llahu ‘anhu dari ayahnya
[iaitu Husain ibn 'Ali ibn Abi Talib, peny.] radhiy-Allahu ‘anhu, dari
datuknya [iaitu 'Ali ibn Abi Talib] karram-Allahu wajhahu, dari Nabi
sall-Allahu ‘alaihi wasallam yang bersabda, “Aku adalah suatu cahaya di
hadapan Tuhanku, empat belas ribu tahun sebelum penciptaan Adam.” Telah
pula diriwayatkan bahawa ketika Allah menciptakan Adam ‘alaihissalam,
Allah Subhanahu Wa Ta’ala menaruh cahaya itu di punggung Adam, dan
cahaya itu bisa berkilau dari bahagian depannya, menelan seluruh sisa
cahayanya. Kemudian Allah menaruh cahaya itu ke ‘Arasy Kekuasaan-Nya,
dan memerintahkan malaikat-malaikat-Nya membawanya di pundak mereka, dan
memerintahkan mereka pula untuk membawa Adam berkeliling di Langit dan
mempertunjukkan padanya keindahan-keindahan Kerajaan-Nya.
Ibn ‘Abbas radhiy-Allahu ‘anhu berkata,
Penciptaan Adam adalah pada hari Jumat di sore hari. Allah kemudian
menciptakan baginya Hawa’, istrinya, dari satu tulang rusuk kirinya
ketika ia sedang tertidur. Saat ia bangun dan melihat Hawa’, Adam merasa
tenteram dengannya, dan ia mulai merentangkan tangannya ke Hawa’.
Malaikat berkata, “Berhenti, Adam.” Adam berkata, “Kenapa, tidakkah
Allah menciptakannya untukku?” Mereka menjawab, “Tidak boleh hingga kau
membayar mas kawin padanya”. Adam bertanya, “Apa mas kawinnya?” Para
Malaikat menjawab, “Dengan membaca salawat atas Muhammad tiga kali.”
[dan dalam riwayat lain, dua puluh kali].
Telah pula
diriwayatkan bahawa ketika Adam ‘alaihissalam meninggalkan Syurga, ia
melihat tertulis di kaki ‘Arasy dan di setiap titik dalam Syurga, nama
Muhammad sall-Allahu ‘alaihi wasallam di samping nama Allah. Adam
bertanya, “Wahai Tuhan, siapakah Muhammad?” Allah menjawab, “Dia adalah
anakmu, yang jika seandainya tidak demi dirinya, tentu Aku tidak akan
menciptakanmu.” Kemudian Adam berkata, “Wahai Tuhan, demi anak ini,
kurniakanlah rahmat pada ayahnya.” Allah memanggil, “Wahai Adam,
seandainya engkau akan bersyafa’at melalui Muhammad sall-Allahu ‘alaihi
wasallam bagi seluruh penduduk Langit dan Bumi, Kami akan kabulkan
permohonan syafa’atmu.”
‘Umar Ibn al-Khattab radhiy-Allahu ‘anhu berkata
bahawa Sayyidina Muhammad sall-Allahu ‘alaihi wasallam bersabda,
“Ketika Adam berbuat dosa, ia berkata, ‘Ya Allah, aku memohon kepadamu
demi Muhammad untuk mengampuniku.’ Allah Subhanahu Wa Ta’ala berfirman
padanya, ‘Bagaimana dirimu tahu akan Muhammad padahal Aku belum
menciptakannya?’ Adam menjawab, ‘Kerana ketika Engkau, Ya Tuhanku,
menciptakanku dengan Tangan-Mu, dan meniupkan padaku dari Ruh-Mu, aku
memandang ke atas dan melihat tertulis di kaki-kaki ‘Arasy, Laa ilaaha
illallah, Muhammadun Rasuulullah.
Aku tahu
bahawa Engkau tidak akan menaruh suatu nama di samping Nama-Mu,
melainkan pastilah itu adalah nama seseorang yang paling Kau-cintai dari
makhluq-Mu.’ Allah berfirman, ‘Oh, Adam, kau telah mengatakan
kebenaran: dialah yang paling Kucintai di antara makhluq ciptaan-Ku. Dan
kerana engkau telah memohon pada-Ku demi dirinya, engkau kuampuni.
Seandainya tidak untuk Muhammad, Aku tak akan menciptakanmu. Dialah
penutup para Nabi dari keturunanmu.’”
Dalam
Hadits Salman radhiy-Allahu ‘anhu, diriwayatkan bahawa Jibril
‘alaihissalam turun menemui Nabi sall-Allahu ‘alaihi wasallam dan
berkata, “Tuhanmu mengatakan, ‘Jika Aku telah menjadikan Ibrahim sebagai
yang Ku-cintai, sahabat dekat (khalil), Aku pun menganggapmu demikian.
Tak pernah Ku-ciptakan makhluq apa pun yang lebih berharga bagi-Ku
daripada dirimu, dan telah Ku-ciptakan dunia ini dan penduduknya dengan
maksud untuk membiarkan mereka mengetahui kehormatanmu dan mengetahui
erti keberadaanmu bagi-Ku; dan seandainya tidak untukmu, tidaklah
Kuciptakan dunia ini’”.
Hawa’
‘alaihassalam melahirkan empat puluh anak dari Adam ‘alaihissalam, dalam
dua puluh kali kelahiran; tetapi ia melahirkan Seth [atau Syits]
‘alaihissalam secara terpisah, sebagai kehormatan bagi junjungan kita
Muhammad sall-Allahu ‘alaihi wasallam, yang cahayanya berpindah dari
Adam ke Seth. Sebelum wafatnya, Adam menitipkan pemeliharaan
anak-anaknya kepada Seth, dan ia pun, sebagai gilirannya, mempercayakan
pada anak-anak tersebut, wasiat dari Adam: untuk menaruh cahaya itu
hanya pada wanita yang suci. Wasiat ini berlanjut, abad demi abad,
sampai Allah memberikan cahaya itu kepada Abdul Muttalib dan puteranya,
Abdullah. Dengan cara inilah, Allah menjaga kemurnian silsilah tanpa
cela dari Nabi Muhammad sall-Allahu ‘alayhi wasallam, dari perzinaan
orang-orang bodoh.
Ibn ‘Abbas radiyAllahu ‘anhu berkata,
“Muhammad sall-Allahu ‘alaihi wasallam bersabda, ‘Tak satu pun
perzinaan jahil menyentuh kelahiranku. Aku dilahirkan tidak lain hanya
dengan pernikahan Islam.’”
Hisyam ibn Muhammad Al-Kalbi meriwayatkan bahwa
ayahnya berkata, “Aku menghitung bagi (silsilah) Nabi Muhammad
sall-Allahu ‘alaihi wasallam ada lima ratus ribu ibu, dan tak kutemukan
di antara mereka satu jejak pun perzinaan, atau apa pun dari interaksi
orang-orang bodoh.”
Ali radiyAllahu ‘anhu berkata bahawa Nabi sall-Allahu ‘alaihi wasallam bersabda,
“Aku datang dari pernikahan, aku tidak datang dari perzinaan; dari Adam
hingga diriku dilahirkan dari ayah dan ibuku, tak satu pun perzinaan
orang jahil yang menyentuh diriku.”
Ibn ‘Abbas radiyAllahu ‘anhu berkata bahawa Nabi Muhammad sall-Allahu ‘alaihi wasallam bersabda,
“Orang tua moyangku tak pernah melakukan perzinaan. Allah menjaga
memindahkanku dari sulbi yang baik ke rahim yang suci, murni dan
tersucikan; bila saja ada dua jalan untuk berpindah, aku menuju ke yang
terbaik di antara mereka.”
Anas
radiyAllahu ‘anhu berkata bahawa Nabi Muhammad sall-Allahu ‘alaihi
wasallam membaca, “La qad jaa-akum Rasuulum min Anfusikum” [QS. 9:128],
dan bersabda, “Aku adalah yang terbaik di antara kalian dalam
silsilahku, dalam hubungan-hubungan-ku dan nenek moyangku: tak ada
perzinaan pada ayah-ayahku dalam setiap tingkat hingga ke Adam.”
‘Aisyah radiyAllahu ‘anhu meriwayatkan dari Nabi sall-Allahu ‘alaihi wasallam
bahawa Jibril ‘alaihissalam berkata, “Aku telah meneliti Bumi dari
timur ke barat, dan tak kutemui seorang manusia pun yang lebih baik dari
Muhammad sall-Allahu ‘alaihi wasallam, dan tak kutemui seorang anak
laki-laki dari ayah mana pun yang lebih baik dari anak-anak Hasyim (Bani
Hasyim).”
Dalam
Sahih Al-Bukhari, Abu Hurairah radiyAllahu ‘anhu meriwayatkan bahawa
Nabi sall-Allahu ‘alaihi wasallam bersabda, “Aku telah diutus dari
generasi terbaik dari Anak-anak Adam, satu demi satu hingga aku mencapai
keadaanku sekarang ini.”
Dalam Sahih Muslim, Watsila ibn al-Aska’ meriwayatkan
bahawa Muhammad sall-Allahu ‘alaihi wasallam bersabda, “Allah telah
memilih Kinana dari anak-anak Isma’il, dan Quraisy dari Kinana, dan dari
Quraish, anak-anak Hasyim, dan akhirnya memilihku dari Bani Hasyim.”
Al ‘Abbas radiyAllahu ‘anhu berkata
Nabi Muhammad sall-Allahu ‘alaihi wasallam bersabda, “Allah menciptakan
makhluq, dan menempatkanku dalam kelompok-kelompok terbaik, dan yang
terbaik dari dua kelompok; kemudian Ia memilih suku, dan menaruhku pada
yang terbaik di antara keluarga-keluarga mereka. Kerana itulah, aku
memiliki keperibadian terbaik, roh dan sifat terbaik, dan memiliki
asal-usul terbaik di antara mereka.”
Ibn ‘Umar radiyAllahu ‘anhu berkata
bahawa Muhammad sall-Allahu ‘alaihi wasallam bersabda, “Allah memeriksa
ciptaan-Nya dan memilih Bani Adam (manusia) dari mereka; Ia memeriksa
Bani Adam dan memilih orang-orang Arab darinya; Ia memeriksa kaum Arab
dan memilihku dari antara mereka. Kerananya, aku selalu menjadi yang
terpilih di antara yang terpilih. Lihatlah, orang-orang yang mencintai
kaum Arab, adalah kerana cinta kepadaku hingga mereka mencintai kaum
Arab, dan mereka yang membenci kaum Arab, adalah kerana mereka
membenciku hingga mereka pun membenci Arab.”
Ketahuilah
bahawa Muhammad sall-Allahu ‘alaihi wasallam tidaklah terkait
(memiliki) secara langsung pada saudara laki-laki atau perempuan siapa
pun dari orang tua-orang tuanya; beliau sall-Allahu ‘alaihi wasallam
adalah anak satu-satunya mereka dan silsilah mereka berhenti pada
beliau. Dengan begitu, beliau secara eksklusif ‘memegang penuh’ suatu
silsilah yang Allah (SWT) inginkan menjadi yang tertinggi yang dapat
dicapai suatu kenabian, dan yang memegang puncak kehormatan.
Jika Anda
memeriksa status silsilah beliau sall-Allahu ‘alaihi wasallam dan
mengetahui kesucian kelahiran beliau sall-Allahu ‘alaihi wasallam, Anda
akan yakin bahawa silsilah beliau adalah suatu keturunan dari ayah-ayah
yang terhormat, karena beliau adalah Al-Nabi sall-Allahu ‘alaihi
wasallam, Al ‘Arabi sall-Allahu ‘alaihi wasallam, Al Abtahi sall-Allahu
‘alaihi wasallam, Al Harami sall-Allahu ‘alaihi wasallam, Al Hasyimi
sall-Allahu ‘alaihi wasallam, Al Quraisyi sall-Allahu ‘alaihi wasallam,
elite dari Bani Hasyim, seseorang yang telah dipilih dari suku-suku
terunggul bangsa Arab, dari silsilah terbaik, keturunan paling mulia,
cabang yang paling subur, pilar tertinggi, asal usul terbaik, akar-akar
terkuat, memiliki lidah terfasih, gaya bicara terhalus, darjat
kebajikan) yang paling memberatkan, iman paling sempurna, persahabatan
paling kuat, kaum kerabat paling terhormat dari kedua pihak orang tua,
dan dari tanah Allah yang paling mulia.
Beliau
sall-Allahu ‘alaihi wasallam memiliki banyak nama dan yang paling
terkemuka adalah Muhammad sall-Allahu ‘alaihi wasallam ibn (putera)
Abdullah. Beliau juga adalah putera Abdul Muttalib, yang namanya adalah
Syaybat-ul Hamd, anak Hasyim, yang namanya adalah Amr; anak dari Abd
Manaaf, yang namanya adalah al-Mughiirah, anak dari Qusai, yang namanya
adalah Mujammi’, anak dari Kilaab, yang namanya Hakiim, ibn Murra, ibn
Ka’b (dari suku Quraisy), ibn Lu’ai, ibn Ghalib, ibn Fihr, yang namanya
adalah Kinana, ibn Khuzaima, ibn Mudrika, ibn Ilias, ibn Mudhar, ibn
Nizar, ibn Ma’add, ibn Adnan.
Ibn Dihia berkata,
“Para ulama setuju dan kesepakatan ulama adalah bukti bahawa Nabi
Muhammad sall-Allahu ‘alaihi wasallam telah menyebutkan silsilah beliau
hingga Adnan, dan tidak menyebutkan di atas itu.”
Ibn ‘Abbas radiyAllahu ‘anhu meriwayatkan
bahawa bila saja Muhammad sall-Allahu ‘alaihi wasallam menyebutkan
silsilahnya beliau tak pernah menyebut di atas Ma’add, ibn Adnan, dan
akan berhenti, dengan mengatakan, “Para genealogis (ahli silsilah) telah
berbohong.” Beliau akan mengulangi ucapannya itu dua atau tiga kali.
Ibn ‘Abbas juga berkata, “Di antara Adnan dan Isma’il ada tiga puluh
ayah yang tak diketahui [namanya, red.].”
Ka’b al-Ahbaar radiyAllahu ‘anhu berkata,
“Ketika cahaya Muhammad sall-Allahu ‘alaihi wasallam sampai pada Abdul
Muttalib, dan dia telah mencapai usia kedewasaan, dia tidur suatu hari
di halaman Ka’bah; ketika ia bangun, matanya terhitamkan dengan antimony
(kohl), rambutnya terminyaki, ia terhiasi dengan jubah yang indah dan
cantik. Ia terkejut, tak mengetahui siapa yang telah melakukan hal itu
padanya. Ayahnya menggapai tangannya dan segera membawanya ke tukang
ramal Quraisy; mereka menasihatinya untuk menikah, dan ia pun menikah.
Bau dari
misk terbaik biasa memancar keluar dari dirinya, dengan Nur (cahaya)
dari Muhammad sall-Allahu ‘alaihi wasallam berkilauan dari dahinya. Bila
saja terjadi kekeringan, kaum Quraisy biasa membawanya ke Gunung
Tsabiir, dan berdoa kepada Allah melalui dirinya memohon Allah untuk
menurunkan hujan. Allah akan menjawab doa mereka dan menurunkan hujan
kerana barakah dari Nur Muhammad sall-Allahu ‘alaihi wasallam.”
Ketika
Abrahah, raja Yaman datang untuk menghancurkan rumah suci (Ka’bah) dan
khabar tentang ini sampai ke kaum Quraisy, Abd al-Muttalib berkata pada
mereka, “Ia tak akan sampai ke Rumah ini, kerana Rumah ini di bawah
perlindungan Tuhannya.” Dalam perjalanannya ke Makkah, Abrahah menjarah
unta-unta dan domba kaum Quraisy, di antaranya empat ratus unta betina
milik Abd Al-Muttalib. Ia dan banyak dari kaum Quraisy pergi ke Gunung
Tsabiir.
Setelah
mendaki gunung tersebut, cahaya dari NabiyAllah sall-Allahu ‘alaihi
wasallam muncul dalam bentuk suatu lingkaran di dahinya seperti sebuah
bulan sabit, dan sinarnya terpantulkan ke Rumah Suci Ka’bah. Ketika
‘Abdul Muttalib melihat hal itu, ia berkata, “Wahai, kaum Quraisy,
engkau boleh kembali sekarang, sudah aman. Demi Allah, kini cahaya ini
telah membentuk suatu lingkaran pada diriku, tak ada keraguan bahawa
kemenangan menjadi milik kita.”
Mereka
kembali ke Makkah, di mana mereka bertemu seorang laki-laki yang diutus
Abrahah. Saat melihat wajah ‘Abdul Muttalib, laki-laki tersebut
tertegun, lidahnya tergagap-gagap. Ia pun pingsan, sambil melenguh
seperti lembu jantan yang tengah disembelih. Ketika ia sedar kembali, ia
pun jatuh bersujud kepada Abdul Muttalib, sambil berkata, “Aku bersaksi
bahawa engkau benar-benar Pemimpin Kaum Quraisy.”
Telah
diriwayatkan pula bahawa ketika Abdul Muttalib muncul di depan Abrahah,
gajah putih yang besar dalam pasukannya melihat ke wajah Abdul Muttalib
dan jatuh berlutut seperti seekor unta, dan jatuh bersujud. Allah
membuat gajah tersebut berbicara, berkata, “Keselamatan bagi cahaya di
sulbimu, wahai Abd al-Muttalib.” Ketika pasukan Abrahah mendekat untuk
menghancurkan Ka’bah suci, gajah tadi berlutut kembali. Mereka
memukulinya kepalanya dengan hebat untuk membuatnya berdiri, yang tak
mahu ia lakukan.
Tetapi,
ketika mereka memutarnya menuju Yaman, ia pun berdiri. Kemudian Allah
mengirimkan untuk melawan mereka, armada-armada burung dari lautan,
setiap ekor dari mereka membawa tiga batu: satu dalam paruhnya, dan satu
dalam setiap cakar kakinya. Batu-batu itu memiliki ukuran seperti
miju-miju, dan jika satu batu mengenai seorang prajurit, prajurit itu
akan terbunuh. Pasukan Abrahah lari tunggang langgang. Abrahah sendiri
terserang suatu penyakit. Hujung jari-hujung jarinya terlepas, satu demi
satu. Tubuhnya mengeluarkan darah dan nanah, dan akhirnya jantungnya
terbelah, dan ia pun tewas.
Peristiwa
inilah yang diacu oleh Allah ketika Ia berfirman pada Nabi-Nya
sall-Allahu ‘alaihi wasallam, mengatakan, “Tahukah engkau bagaimana
Tuhanmu memperlakukan Pasukan Gajah…” (QS Al-Fiil:1-5). Peristiwa ini
adalah suatu tanda akan martabat dari junjungan kita, Muhammad
sall-Allahu ‘alaihi wasallam, dan suatu tanda akan kenabiannya, dan
kedudukannya. Peristiwa ini juga menunjukkan kehormatan yang dikurniakan
pada masyarakatnya, dan bagaimana mereka dilindungi, yang membuat kaum
Arab menyerah pada mereka, dan percaya pada kemuliaan dan keunggulan
mereka, kerana adanya perlindungan Allah atas diri mereka dan
pembelaan-Nya pada mereka melawan plot dari Abrahah yang seakan-akan tak
terkalahkan.
2 komentar:
https://pelanginewsblog.blogspot.com/2017/11/mahasiswi-melahirkan-di-kamar-kos.html
https://pelanginewsblog.blogspot.com/2017/11/sempat-kabur-h-serahkan-diri-usai.html
https://pelanginewsblog.blogspot.com/2017/11/deddy-mizwar-saya-jadi-apa-saja-bisa.html
https://pelanginewsblog.blogspot.com/2017/11/hal-hal-konyol-yang-selalu-dilakukan.html
https://pelanginewsblog.blogspot.com/2017/11/sandiaga-mengaku-pernah-lihat-pengemis.html
https://pelanginewsblog.blogspot.com/2017/11/detik-detik-jokowi-menahan-tangis-saat.html
https://pelanginewsblog.blogspot.com/2017/11/bejibun-rencana-pembenahan-trotoar.html
https://pelanginewsblog.blogspot.com/2017/11/hotel-alexis-tutup-pemprov-dki-segera.html
https://pelanginewsblog.blogspot.com/2017/11/lisan-berbeda-anies-dan-sandi-terkait.html
Posting Komentar